top of page
Kelab Bolasepak kanak-kanak• Terbuka untuk pemain lelaki & perempuan berumur 5–13 tahun. 
Taring-Junior-FC-logo

Taring Junior FC

5B55CA5B-6590-4547-B4A2-2AABEA445D9B_edited_edited.png

Lokasi: Padang Sekolah Rendah Bandar Rinching Semenyih

+60 11-2693-9151

Tentang Kami

WhatsApp Image 2026-01-31 at 10.59.59.jpeg

Taring Junior Football Club (TJFC) merupakan sebuah kelab bola sepak akar umbi yang ditubuhkan pada tahun 2022 dengan hasrat untuk memberi peluang kepada setiap kanak-kanak mempelajari bola sepak tanpa mengira tahap kemahiran, latar belakang keluarga mahupun kemampuan mereka.

​

TJFC percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk berjaya apabila diberikan peluang, bimbingan dan persekitaran yang positif. Atas kepercayaan itu, kami membuka pintu kepada semua kanak-kanak yang mempunyai minat terhadap bola sepak, termasuk mereka yang baru ingin bermula dari peringkat paling asas.

​

Di TJFC, kami bukan sekadar melatih pemain bola sepak. Kami membentuk generasi yang berdisiplin, berkeyakinan, berakhlak mulia dan bersedia menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Menjadi kelab bola sepak akar umbi yang unggul dalam pembangunan bakat, sahsiah dan pendidikan, serta menjadi platform terbaik kepada setiap kanak-kanak untuk mencapai potensi sebenar mereka.

VISI

MISI

  • Memberi peluang kepada semua kanak-kanak mempelajari bola sepak tanpa mengira tahap kebolehan.

  • Membangunkan pemain secara sistematik bermula daripada kemahiran asas sehingga mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

  • Membentuk pelatih yang berdisiplin, berintegriti, bertanggungjawab dan mempunyai semangat kepimpinan.

  • Menggalakkan keseimbangan antara pencapaian sukan dan kecemerlangan akademik.

  • Menyediakan persekitaran latihan yang selamat, inklusif dan menyeronokkan.

  • Menjadi rakan pembangunan kepada ibu bapa dalam membentuk masa depan anak-anak.

Taring-Junior-FC-logo

FALSAFAH TJFC

Ramai yang beranggapan kejayaan sesebuah kelab diukur melalui jumlah trofi yang dimenangi.

Di TJFC, kami mempunyai pandangan yang berbeza.

Kami percaya kejayaan sebenar adalah apabila seorang kanak-kanak yang dahulunya tidak mempunyai keyakinan diri, tidak tahu bermain bola, sukar bergaul atau mempunyai cabaran pembelajaran akhirnya mampu berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan lain.

Bagi kami, setiap anak mempunyai potensi.

Yang mereka perlukan hanyalah seseorang yang percaya kepada mereka.

Barisan Jurulatih

Maskot Rasmi

757934278_1006378235554499_3174878662188597649_n.jpg
bottom of page